Premis Kebaya Kasut Kanvas

Suria bekerja di sebuah syarikat fesyen. Dia dikenali dengan cara pemakaian uniknya yang gemar mengenakan baju kebaya dengan kasut kanvas. Suria tidak pernah mempunyai teman lelaki sejak zaman kolej dan dia seorang yang terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga ibunya, Cik Pah mula risau jikalau anak daranya tidak akan kahwin.

Tanpa pengetahuan Suria, Cik Pah telah menerima lamaran kahwin bagi pihaknya. Cik Pah juga merahsiakan siapakah bakal suaminya malah Suria disuruh untuk mencari siapakah lelaki tersebut. Cik Pah hanya memberi satu petunjuk bahawa Suria juga mengenali lelaki itu.